Platinum Arowana
|
Platunum Arowana |
Platinum Arowana dihasilkn menggunakan teknologi canggih dimana hasil kacukan baka - baka ikan arowana yang terbaik di dunia. Ianya juga merupakan ikan arowana yang termahal di dunai yang pernah dihasilkan. Ianya jarang sekali ditemui, ini kerana hanya pengusaha yang mempunyai teknologi tersebut boleh membiakkan ikan jenis ini. Malah permintaannya adalah amat tinggi sehingga mencecah ratusan ribu ringgit. Kebanyakkan ikan ini dibeli oleh pasaran luar seperti Jepun, Korea, China dan negara - negara barat.
Red Tail Golden Arowana
|
Red Tail Golden Arowana |
Kebanyakan Red Tail Golden Arowana akan mempunyai warna emas disisiknya mencapai baris keempat dan sekiranya sisik yang lebih baik akan mempunyai warna emas itu mencapai baris kelima. Terbaik mengenai sepisis ini adalah sisiknya akan terus di belakang badannya sehingga sisik keenam. Jenis ini juga agak mahal dipasaran kerana keunikan sisiknya yang dipanggil Super Highback.
Crossback Malaysian Golden
|
Crossback Malaysian Golden |
Ianya adalah salah satu spesis yang mahal bagi jenis arowana Asia. Ada banyak pilihan daripada jenis Arowana Emas Malaysia seperti Arowana 'Golden Bluebase' iaitu boleh dikenali dengan mengamati berdasarkan skala warna emas metalik biru dan sejenis lagi dengan warna emas mengelilingi belakangnya atau semua keseluruhan badannya keemasan, ianya dikenali sebagai Arowana 'Golden Crossback', jika ianya mempunyai badan setengah emas pula dikenali sebagai Arowana Highback dan juga sejenis lagi dikenali sebagai 'Super Highback'.
Arowana Super Red
|
Arowana Super Red |
Arowana jenis Super Red berasal dari Sungai kapuas dan Danau Sentarum di Kalimantan Barat, Indonesia. Arowana Super Red adalah gabungan daripada arowana jenis Chili Red dan Blood Red. Oleh sebab itu harga arowana Super Red lebih murah berbanging jenis asalnya iaitu Chili Red dan Blood Red. Arowana Super Red mempunyai warna merah yang menyerlah dan sangat cantik ketika mencapai usia matang terutamanya pada bahagian hujung sisik badan, pipi dan insang. lazimnya terdapat 4 jenis arowana merah iaitu Chili Red, Blood Red, Orangr Red dan Golden Red. Arowana jenis Super Red, Chili Red dan Blood Red dikelaskan sebagai Merah Gred Pertama berbanding dengan jenis Orenge Red dan Golden Red yang dikelaskan sebagai gred rendah. Sejak kecil lagi arowana jenis Super Red ini sudah memiliki warna marah pada sirip ekor, atas dan bawah. Kemudian akan muncul warna merah pada bahagian pipi dan insang setelah meningkat dewasa. Warna merah pada sisik akan muncul setelah berumur lebih kurang 3hingga 4 tahun. Namun terdapat pelbagai cara untuk membantu mempercepatkan perkembangan warna seperti pemberian makanan yang bagus atau dengan menempatkan ikan di dalam kolam yang terkena sinar matahari secara terus.
No comments:
Post a Comment