Sunday, 27 April 2014

MAKANAN IKAN AROWANA

Arowana adalah sejenis ikan pendaging (carnivorous). Di alam liar, makanan rutinnya terdiri daripada serangga, ikan - ikan kecil, udang - udang kecil, cacing dan amfibia kecil. Makanan mentah amat digemari arowana, tetapi ia juga boleh dilatih untuk memberi kepelbagaian makanan alternatif yang lain. Memperbagaikan makanan arowana adalah satu kemestian, bagi mengelakkan dirinya daripada kekurangan zat - zat makanan sebagai sumber utama tumbesarannya.

Arowana kecil (bawah 15sm) harus diberi makan 3 kali sehari, arowana muda (15 - 35sm) 2 kali sehari manaklala arowana besar (35sm keatas) pula sekali sehari atau berselang sehari. Ikan hidup yang tinggal kandungannya lemak, hanya boleh dijarakkan pemberiannya kepada arowana bagi mengelakkan permasaalahan sindrom bermata jatuh (down-eyed syndrome). jika arowana terlebih diberi makan dalam jangka waktu yang berterusan, ini menyebabkan ia mula kehilangan selera untuk makan, justru akan melaparkan dirinya selama beberapa hari. terlebih diberi makan juga mampu memendekkan jangka hayat arowana malah memudaratkan keupayaannya untuk membiak.

Makanan hudup umumnya lebih berzat berbanding makanan sejawatnya yang lain. Walaubagaimanapun, risiko penyebaran wabak penyakit adalah lebih tinggi dengan kepenggunaan makanan jenis ini. Makanan - makanan hudup haruslah dikuarentin beberapa hari sebelum diberi kepada arowana. Jika anda khuatir dengan jenis - jenis makanannya yang tertentu, kata - kata ingatan buat nada tentang perkara ini ialah ; "Jika terdapat sebarang keraguan, jangan sesekali menggunakannya"

CENGKERIK

Cengkerik adalah sejenis makanan yang berkhasiat untuk arowana. Risiko wabak penyakit juga rendah. Gunakan saiz cengkerik yang sesuai bagi setiap jenis arowana. Kaki cengkerik yang berduri harus, haruslah dibuang sebelum diberi kepada anak - anak arowana bagi mengelakkan kecederaan usus. Dapatkan cengkerik yang diternak daripada penternak cengkerik sahaja (yang ada dijual di kedai ikan), memandangkan cengkerik liar dibimbangi telah dicemari dengan racun serangga perosak. Anda juga bolaeh memberi makan cengkerik - cengkerik dengan makanan bervitamin seperti lobak merah sebelum diserahkan kepada arowana. Ini adalah cara terbaik untukmemindahkan khassiat kepada arowana. Vitamin A daripada lobak merah mampu meningkatkan warna Arowana (terutama sekali arowana kategori merah).

LIPAS

Sama seperti cengkerik. Jangan sesekali beri lipas mati kepada arowana kerana dikhuatiri lipas tersebut telah dicemari racun serangga. Adalah dinasihatkan supaya kuarentin lipas beberapa hari sebelum digunakan. Ini bertujuan sebagai pengesahan, kepada lipas - lipas yang telah dicemari racun serangga pasti akan mati dalam tempoh beberapa hari kemudian.


LIPAN

Lipan juga adalah sejenis makanan arowana yang sangat berkhasiat. Ia sering digunakan di Asia khususnya bagi meningkatkan warna arowana.

IKAN HIDUP
Selagi ia tidak beracun manakala saiznya mudah untuk dihadam bolehlah dijadiakan makanan arowana. Ikan - ikan umpama seperti ikan - ikan peragut kecil, anak - anak koi, anak - anak keli, anak - anak toman dan anak - anak talapia adalah antara yang boleh digunakan. Perlu diingat, terdapat potensi penyebaran wabak penyakit apabila makanan jenis ini digunakan. Justru, langkah yang bijak adalah dengan mengkuarentin bagi mengetahui ikan - ikan yang sakit. Untuk memindahkan zat - zat atau unsur =- unsur ubatan kepada arowana ikan - ikan tersebut haruslah diberi makan dengan makanan - makanan yang berzat. Sesetengah ikan seperti ikan mas misalnya, kaya dengan kandungan lemak dan dibimbangi akan mengundang masalah sindrom mata jatuh. ikan mas juga dipercayai mengandungi enzim - enzim yang mampu menyusutkan zat - zat dalam tubuh arowana. Oleh itu, amat tidak digalakkan penggunaan ikan mas dijadikan makanan kepada arowana.



UDANG KECIL & SEDERHANA

Udang bersaiz kecil dan saiz serdehana kaya dengan vitamin A. Elakkan memberi makan anak - anak arowana dengan makanan jenis ini kerana kulit udang sukar untuk dicerna, malah boleh mencederakan usus arowana. Gunakan kuantiti udang yang perlu sahaja dan jangan sesekali dibiarkan sehingga udnag - udang ini berlegar didasar tangki. Jika dibiarkan berterusan pasti menjerumus arowana untuk mencari dan merenung kedasar dalam tempuh yang tertentu, justru dikhuatiri akan menyegerakan sindrom amta jatuh. Adalah diingatkan udang juga berpotensi dalam penyebaran wabak penyakit.




CACING BURUNG
Cacing burung (mealworm) amat menyihatkan lagi berkhasiat. Elakkan daripada diberi kepada anak - anak arowana, kerana cengkerang atau kulitya uang keras kelak menyukarkan penghadaman dan akan menjurus kepada masalah ketidakcernaan atau kecerderaan dalaman. gunakan hanya cacinag burung yang baru sahaja mengelupaskan kulitnya. kulit cacing burung yang berwarna gelap menandakan ia agak tua. Jadi pilihlah cacing yang berwarna cerah. Tekknik melemaskan cacing burung sebelum diberikan kepada arowana adalah disyorkan, itupun jika arowana dapat menerima cacing burung yang telah mati. Kepala cacing burung tersebut haruslah dibuang terlebih dahulu bertujuan mengurangkan masalah ketidakhadaman.


JENIS - JENIS IKAN AROWANA

Jenis arowana:

PartsofAsianArowana
golden-head
GOLDEN HEAD AROWANA

Banjar Red Arowana
BANJAR RED AROWANA

black arowana
BLACK AROWANA 

CBG
CROOS BACK GOLDEN AROWANA

high back
HIGH BACK AROWANA


type_golden
MALAYSIA GOLDEN AROWANA

TIPS PENJAGAAN IKAN AROWANA



Di sini kami menyediakan langkah-langkah untuk penjagaan ikan Arowana/Kelisa

Pertama apa yang anda patut sediakan:
*Ukuran akuarium ideal P x L x T = 150 x 60 x 70 cm
*Lampu UV (sebagai lampu penerang akuarium)
*Filter air, dapat menggunakan salah satu dari          berikut :
  - Filter terbuka (top filter dan filter tank)
  - top filter tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan getaran yang akan mengganggu ikan
  - Filter tabung (Canister)
*Media filter (bergantung pada kapasiti air aquarium anda) kapas, biofoam, bioball, karbon aktif dan zeolit. *Thermometer.
*Aerator AC/DC
*Heater (hanya digunakan sebagai P3K saat ikan terkena jamur/mata kabur dan set pada suhu 32ºC) *Garam Ikan.
*Power Head (bila diperlukan).
*Fish net (yg halus) atau selang ukuran 5/8 inch dapat digunakan untuk mengambil kotoran ikan.
*Tutup akuarium, supaya ikan arowana tidak melompat keluar.

Tips:
*Ketebalan kaca akuarium minimal 10 mm – 12mm.
*Rendam akuarium dengan air garam (± 20 gram/100 liter) sekurang2nya 2 kali sampai bau silikon hilang. *Gunakan heater hanya utk merawat ikan arowana yang sakit.
*Jangan gunakan fish net jika telah digunakan pada ikan sakit di akuarium.
*Rendam fish net dengan air garam ± 30 detik kemudian keringkan setelah digunakan.
*Masukkan garam ± 20 gram (1 genggam) per 200 liter ke dalam air akuarium sebelum ikan masuk. *Gunakan lampu UV terbaik untuk memaksimalkan / menaikan warna ikan.

Tips Menyediakan air untuk arowana

Tahap atau cara Pengisian air akuarium baru:

Cara I :
1.Rendam akuarium baru dengan air dan garam ikan (satu genggam/20 gram per 100 lt air) selama satu malam
2.Buang air endapan semalam dan ulangi sekali lagi
3.Isi air akuarium dan beri aerasi (gelembung air / oxigen air pump)
4.Tambahkan garam ikan (satu genggam per 200 lt air)
 5.Akuarium telah siap digunakan untuk masuk ikan baru

Cara II:
1.Rendam akuarium dengan air dan karbon aktif (1 kg karbon aktif/100 ltr air) selama satu malam (karbon aktif dimasukkan dalam bekas atau kantong kemasan/kasa)
2.Buang air endapan semalam
3.Keringkan akuarium
4.Isi air akuarium dan beri oxigen (gelembung air)
5.Tambahkan garam ikan (satu genggam per 200 lt air)
6.Akuarium telah siap digunakan untuk masuk ikan baru

Tips:
*Karbon aktif yg telah terpakai untuk perendaman jangan dibuang
*Karbon aktif dapat digunakan sebagai media filter di akuarium
*Masa menjalankan rawatan untuk ikan yg sakit karbon aktif sebaiknya dikeluarkan dari filter media *Jangan gunakan garam dapur/ beryodium untuk perendaman
*Akuarium baru jangan TERUS diisi dengan ikan sebelum melalui proses perendaman terlebih dahulu.

Tips Memelihara Arowana

MENGATASI IKAN BENGONG

Gejala awal:
1.Ikan tidak ada nafsu makan
2.Ikan tidak terlalu aktif
3.Jangka waktu lama warna ikan pudar/pucat
4.Berdiam diri di dasar
5.Tidak meberi respon seperti biasa

Penyebab:
1.Suhu air dibawah 28º C
2.Perbezaan pH air terlalu jauh. pH arowana 6,5 – 8
3.Memberi makan yg berlebih
4.Mutasi ikan ke akuarium baru
5.Perbezaan parameter air masa penukaran air
6.Kadar nitrit, nitrat dan amonia tidak normal
7.Kualiti air yg teruk (kotor)
8.Air tidak diganti dalam jangka waktu yg lama
9.Media filter tidak pernah di bersihkan
10.Ruang akuarium terlalu besar/kecil bagi ikan

Pencegahan: 
1.Jangan beri makan berlebihan
2.Akuarium jangan dipukul-pukul / ketuk
3.Matikan lampu akuarium setelah 12 jam
4.Letak akuarium ditempat yang sunyi atau kurang orang lalu lalang

Cara megubati:
1.Pasang heater dan naikkan suhu menjadi 32º C
2.Pasang arus (power head) bersesuaian dengan kapasiti air
3.Berikan ikan kawan @ tankmate (kaviat, Sumatra atau pink tail)
4.Ganti air 25% dengan air baru yg diendapkan
5.Pindahkan ikan tersebut ke akuarium lain dengan ukuran lebih besar

Tips:
*Jika ikan bengong dan tidak ada hafsu makan,berikan arowana vital sesuai dengan aturan pemakanan yg
  tetap.
*Tambahkan arowana 4 ekor dengan ukuran yg sama apabila akuarium cukup besar.

Contoh barang-barang untuk penjagaan ikan Kelisa/Arowana:

TOP FILTER

FILTER TANK



                                                                        
                                                                         CANISTER

BIOBALL

ZELIOT

KARBON AKTIF

LAMPU UV