Arowana adalah
sejenis ikan pendaging (carnivorous). Di alam liar, makanan rutinnya terdiri
daripada serangga, ikan - ikan kecil, udang - udang kecil, cacing dan amfibia
kecil. Makanan mentah amat digemari arowana, tetapi ia juga boleh dilatih untuk
memberi kepelbagaian makanan alternatif yang lain. Memperbagaikan makanan
arowana adalah satu kemestian, bagi mengelakkan dirinya daripada kekurangan zat
- zat makanan sebagai sumber utama tumbesarannya.
Arowana kecil (bawah 15sm) harus diberi makan 3 kali sehari, arowana muda (15 - 35sm) 2 kali sehari manaklala arowana besar (35sm keatas) pula sekali sehari atau berselang sehari. Ikan hidup yang tinggal kandungannya lemak, hanya boleh dijarakkan pemberiannya kepada arowana bagi mengelakkan permasaalahan sindrom bermata jatuh (down-eyed syndrome). jika arowana terlebih diberi makan dalam jangka waktu yang berterusan, ini menyebabkan ia mula kehilangan selera untuk makan, justru akan melaparkan dirinya selama beberapa hari. terlebih diberi makan juga mampu memendekkan jangka hayat arowana malah memudaratkan keupayaannya untuk membiak.
Makanan hudup umumnya lebih berzat berbanding makanan sejawatnya yang lain. Walaubagaimanapun, risiko penyebaran wabak penyakit adalah lebih tinggi dengan kepenggunaan makanan jenis ini. Makanan - makanan hudup haruslah dikuarentin beberapa hari sebelum diberi kepada arowana. Jika anda khuatir dengan jenis - jenis makanannya yang tertentu, kata - kata ingatan buat nada tentang perkara ini ialah ; "Jika terdapat sebarang keraguan, jangan sesekali menggunakannya"
CENGKERIK
Cengkerik adalah sejenis makanan yang berkhasiat untuk arowana. Risiko wabak penyakit juga rendah. Gunakan saiz cengkerik yang sesuai bagi setiap jenis arowana. Kaki cengkerik yang berduri harus, haruslah dibuang sebelum diberi kepada anak - anak arowana bagi mengelakkan kecederaan usus. Dapatkan cengkerik yang diternak daripada penternak cengkerik sahaja (yang ada dijual di kedai ikan), memandangkan cengkerik liar dibimbangi telah dicemari dengan racun serangga perosak. Anda juga bolaeh memberi makan cengkerik - cengkerik dengan makanan bervitamin seperti lobak merah sebelum diserahkan kepada arowana. Ini adalah cara terbaik untukmemindahkan khassiat kepada arowana. Vitamin A daripada lobak merah mampu meningkatkan warna Arowana (terutama sekali arowana kategori merah).
Sama seperti cengkerik. Jangan sesekali beri lipas mati kepada arowana kerana dikhuatiri lipas tersebut telah dicemari racun serangga. Adalah dinasihatkan supaya kuarentin lipas beberapa hari sebelum digunakan. Ini bertujuan sebagai pengesahan, kepada lipas - lipas yang telah dicemari racun serangga pasti akan mati dalam tempoh beberapa hari kemudian.
LIPAN
Lipan juga
adalah sejenis makanan arowana yang sangat berkhasiat. Ia sering digunakan di
Asia khususnya bagi meningkatkan warna arowana.
IKAN HIDUP
Selagi ia tidak beracun manakala saiznya mudah untuk dihadam bolehlah
dijadiakan makanan arowana. Ikan - ikan umpama seperti ikan - ikan peragut
kecil, anak - anak koi, anak - anak keli, anak - anak toman dan anak - anak
talapia adalah antara yang boleh digunakan. Perlu diingat, terdapat potensi penyebaran wabak penyakit apabila makanan jenis ini digunakan. Justru, langkah
yang bijak adalah dengan mengkuarentin bagi mengetahui ikan - ikan yang sakit.
Untuk memindahkan zat - zat atau unsur =- unsur ubatan kepada arowana ikan -
ikan tersebut haruslah diberi makan dengan makanan - makanan yang berzat.
Sesetengah ikan seperti ikan mas misalnya, kaya dengan kandungan lemak dan
dibimbangi akan mengundang masalah sindrom mata jatuh. ikan mas juga dipercayai
mengandungi enzim - enzim yang mampu menyusutkan zat - zat dalam tubuh arowana.
Oleh itu, amat tidak digalakkan penggunaan ikan mas dijadikan makanan kepada
arowana.
UDANG KECIL & SEDERHANA
Udang bersaiz kecil dan saiz serdehana kaya dengan vitamin A. Elakkan memberi makan anak - anak arowana dengan makanan jenis ini kerana kulit udang sukar untuk dicerna, malah boleh mencederakan usus arowana. Gunakan kuantiti udang yang perlu sahaja dan jangan sesekali dibiarkan sehingga udnag - udang ini berlegar didasar tangki. Jika dibiarkan berterusan pasti menjerumus arowana untuk mencari dan merenung kedasar dalam tempuh yang tertentu, justru dikhuatiri akan menyegerakan sindrom amta jatuh. Adalah diingatkan udang juga berpotensi dalam penyebaran wabak penyakit.
CACING BURUNG
Cacing burung (mealworm) amat menyihatkan lagi berkhasiat. Elakkan daripada diberi kepada anak - anak arowana, kerana cengkerang atau kulitya uang keras kelak menyukarkan penghadaman dan akan menjurus kepada masalah ketidakcernaan atau kecerderaan dalaman. gunakan hanya cacinag burung yang baru sahaja mengelupaskan kulitnya. kulit cacing burung yang berwarna gelap menandakan ia agak tua. Jadi pilihlah cacing yang berwarna cerah. Tekknik melemaskan cacing burung sebelum diberikan kepada arowana adalah disyorkan, itupun jika arowana dapat menerima cacing burung yang telah mati. Kepala cacing burung tersebut haruslah dibuang terlebih dahulu bertujuan mengurangkan masalah ketidakhadaman.