PENGENALAN IKAN KELISA.
Ikan Kelisa (bahasa inggeris Arowana) juga dikenali sebagai "Bony - tonged Dragon" oleh sesetengah masyarakat Cina serta para pengeksport/pengimpot khususnya, adalah spesis ikan hiasan eksotik air tawar yang amat diidamkn oleh kebanyakan pemelihara ikan hiasan akuarium. Ini adalah kerana spesis ini mampu mempamirkan keasliannya sebagai ikan hiasan kelasik yang bermutu tinggi.
Semua ikan kelisa mempunyai kepala yang agak bertulang, dan badan memanjang yang dilitupi sisik besar dan berat dengan corak mozek terusan. Sirip dorsal dan dubur mempunyai sinar lembut dan agak panjang, manakala sirip pektoral dan ventral adalah kecil. Nama bony-tonged (lidah-bertulang) berasal dari tulang bergigi di dasar mulut ikan kelisa,'lidah' yang menggigit kepada gigi di lelangit mulut. Digelar dragon (naga) pula kerana sisik dan sesungutnya yang besar, menyerupai naga Cina. Ikan kelisa boleh mendapat oksigen dari udara dengan menyedutnya ke dalam pundi renangnya, yang berkedut dengan kapilari seperti tisu peparu.
TEMPAT IKAN KELISA DITEMUI
Ikan Kelisa adalah spesies asli sungai - sungai di Asia Tenggara khususnya Indonesia. Ada empat varietas warna yangb terdapat di lokasi:
- Hijau, ditemukan di Indonesia, Vietnam, Birma, Thailand, dan Malaysia
- Emas dengan ekor merah, ditemukan di Indonesia
- Emas, ditemukan di Malaysia
- Merah, ditemukan di Indonesia
Ikan kelisa terdaftar dalam daftar spesies langka yang berstatus "terancam punah" oleh IUCN tahun 2004. Jumlah spesies ini yang menurun kerana sering diperdagangkan kerana nilainya yang tinggi sebagai ikan akuarium, terutamanya oleh masyarakat Asia. Pengikut Feng Shui dapat dapat membayar harga yang mahal untuk seekor ikan ini.
No comments:
Post a Comment